Jumaat, 21 November 2014

Cara 'Renew Roadtax & Insurans' dan Dokumen yang Diperlukan


Gambar Sekadar Hiasan 


Roadtax dan Insurans Tamat Tempoh

Masih ramai dikalangan kita masih tidak tahu atau kurang arif bagaimana ingin 'Renew Roadtax' . Jika anda dalam situasi tersebut tidak perlu risau lagi kerana ia sangat mudah kerana apa yang anda perlu dapatkan ialah dua (2) dokumen penting iaitu:


1) Salinan Geran (Sekiranya Geran Asal masih di Bank)
2) Nota Perlindungan (Cover Note Insurans/Takaful)





Pejabat Baru Kiosk Myeg

Sekiranya salah satu dokumen di atas ada sudah memadai untuk anda memperbaharui Cukai Jalan serta Insurans kenderaan anda. Jika Geran Original tiada kerana masih ada di Bank , pastikan semak semula dokumentasi anda semasa pembelian kereta mungkin ada salinan/photocopy geran yang tersimpan. 

Jika ada, anda boleh mula 'renew roadtax' kereta anda. Jika tiada juga salinan geran, Nota perlindungan atau pun dipanggil Cover Note ataupun anda ada menyimpan polisi Insurans/Takaful kereta anda ia juga sudah memadai.


Contoh Geran






Contoh Nota Perlindungan


Setelah anda mempunyai salah satu daripada kedua dua dokumen ini anda boleh mula 'Renew Roadtax' melalui Wakil Kiosk Myeg, Myeg Online, Pejabat Pos, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Agensi Insurans.

Untuk mengetahui perlindungan apakah yang sesuai untuk kenderaan anda, anda boleh teruskan pembacanya di bawah.

Bagaimana memilih perlindungan Insurans Anda? 


#kioskmyegpuchongprima #renewroadtax #utc #renewinsurankereta

2 ulasan:

  1. Terbaik servis kat tmpt ni...laju dan sistematik...

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Lokasi Kami