Isnin, 3 November 2014

Info Insurans Kereta

Pengenalan

Berikut adalah asas panduan untuk menyediakan anda pemahaman secara jelas mengenai Insurans atau Takaful Motor , jenis jenis Insurans/Takaful yang perlu anda ambil dan penerangan kelas kelas yang tertentu serta cara tuntutan bagi proses kemalangan, kehilangan atau kecurian.
Ini sangat penting kepada anda yang ingin 'Renew Road Tax' buat pertama kali. 



Pastikan kereta kesayangan anda dilindungi Insurans/Takaful yang tepat



Jenis-jenis Polisi Insurans/Takaful Kereta


Anda sebagai pengguna yang pertama kali atau pernah membeli polisi Insurans/Takaful kenderaan seharusnya tahu bahawa terdapat jenis jenis polisi yang berlainan seperti di bawah;



1. Comprehensive Cover - Polisi jenis ini menyediakan perlindungan yang paling menyeluruh iaitu meliputi kerosakan/kecederaan tubuh pihak ketiga , kematian, kehilangan, kebakaran dan kerosakan bagi pihak ketiga  dan juga kerosakan kenderaan sendiri yang disebabkan kemalangan kebakaran, kecurian atau kemalangan. Ia juga dikenali sebagai First Party Cover.


2. Third Party, Fire & Theft Cover -  Polisi ini menyediakan perlindungan Insurans kepada pihak ketiga iaitu kecederaan tubuh badan dan kematian, pihak ketiga kebakaran kemalangan dan kehilangan disebabkan kecurian dan kerugiaan atau kerosakan kepada kenderaan sendiri akibat kebakaran atau kecurian.


3. Third Party Cover - Polisi jenis ini menginsuranskan anda terhadap tuntutan bagi kecederaan tubuh badan atau kematian yang disebabkan kepada orang lain (dikenali pihak ketiga) , serta kerugian atau kerosakan kepada harta benda pihak ketiga yang disebabkan oleh kenderaan anda.






Pengecualian

Polisi Insurans motor anda yang standard TIDAK melindungi

1. Kematian atau kecederaan diri anda sendiri
2. Liabiliti terhadap tuntutan daripada penumpang kenderaan anda.
3. Kecurian aksesori kenderaan yang bukan dipasang di kilang ) stereo kereta, kerusi kulit, 'sports rim' dan sebagainya), melainkan sekiranya diisytiharkan.
4. Kerugian lanjutan, susut nilai, haus dan lusuh, kerosakan mekanikal atau elektrikal atau pemecahan 
5. Kerugian/ kerosakan akibat kejadian semula jadi seperti banjir dan tanah runtuh

Walau bagaimanapun, anda boleh membayar premium tambahan untuk melindungi pengecualian tertentu di atas seperti banjir atau liabiliti anda terhadap tuntutan daripada penumpang kenderaan anda. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk mendapatkan perlindungan tambahan bagi kaca cermin depan dan aksesori kenderaan untuk mengekalkan diskaun tiada tuntutan. (Non -Claim Discount [NCD] anda sekiranya berlaku kerugian/kerosakan. Sila semak pengecualian lain dan perlindungan tambahan yang tersedia dengan syarikat insurans/ejen insurans anda

Apa yang perlu anda tahu apabila membeli perlindungan Insurans Motor

Kepentingan Boleh Insurans

Pastikan anda membeli Insurans sebaik sahaja anda membeli kenderaan. Sekiranya anda membeli kenderaan terpakai, pastikan anda melindungi kepentingan anda dengan membeli polisi insurans yang baru. Ini kerana perlindungan insurans pemilik terdahulu tidak lagi sah walaupun pindah milik yang sah belum lagi dibuat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Nilai Diinsuranskan/ Jumlah Diinsuranskan

Pastikan kenderaan anda diinsuranskan secukupnya. 
Kenderaan baru: nilai diinsuranskan = harga belian
Kenderaan lain : nilai diinsuranskan = nilai pasaran kenderaan semasa polisi dibeli

Terkurang Insurans; jika nilai diinsuranskan rendah daripada nilai pasaran anda dianggap menginsuranskan sendiri perbezaan tersebut. Jika berlaku kerugian, anda akan dibayar hanya sebahagian daripada ganti rugi.

Terlebih Insurans : jika nilai diinsuranskan tinggi daripada nilai pasaran, pembayaran ganti rugi maksimum adalah nilai pasaran kenderaan tersebut. Anda tidak boleh mendapat keuntungan daripada tuntutan insurans (prinsip indemniti)

Klausa Purata

Ia diguna pakai apabila kenderaan anda yang terkurang insurans mengalami kerosakan. Tuntan insurans anda akan dikurangkan dengan nisbah nilai kenderaan yang tidak diinsurans, contohnya jika anda menginsuranskan kenderaan anda sehingga 70% daripada nilai pasaran, syarikat insurans hanya akan membayar 70% daripada jumlah kos pembaikan.

Pendedahan

Nyatakan semua fakta penting, contohnya kemalangan yang dialami sebelum ini dan pengubahsuaian enjin. Jika anda gagal berbuat demikian, syarikat insurans mungkin akan menolak tuntuan anda atau sebarang tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga terhadap anda. Dalam kes sedemikian, anda sendiri bertanggungjawab terhadap tuntutan tersebut.

Diskaun Tanpa-Tuntutan [No-Claim-Discount]

Premium yang perlu dibayar boleh dikurangkan oleh kelayakan NCD anda. NCD akan diberikan sekiranya tiada tuntutan dibuat terhadap polisi anda dalam tempoh 12 bulan sebelum itu. Kelayakan NCD bergantung kepada kelas kenderaan anda dan bilangan tahun pengalaman memandu yang berterusan dengan tanpa tuntutan. Anda akan kehilangan keseluruhan kelayakan NCD anda apabila tuntutan kerosakan sendiri atau pihak ketiga dibuat terhadap polisi anda. Anda perlu masukkan Nombor kad pengenalan anda dan nombor pendaftaran kenderaan anda untuk menyemak NCD % anda.

Ekses

Ia adalah jumlah kerugian yang perlu anda tanggung manakala syarikat insurans akan membayar baki tuntutan kerosakan kenderaan anda. Jika polisi anda mempunyai ekses anda perlu membayar jumlah ekses  terus kepada bengkel pembaik kenderaan.


Myeg Info : E-SERVICES CENTRES (APPROVED SITES) - MyEG's KIOSK LOCATION (Puchong Prima Selangor ,47100) . * e-Services Centres are open 7 days a week unless stated otherwise. (Closed on  Public Holiday or system offline)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Lokasi Kami