Jumaat, 13 Mac 2015

Bagaimana Memperbaharui Cukai Jalan bagi Pemilik Kenderaan yang sudah meninggal dunia?







Pemeriksaan di Puspakom untuk penukaran Nama


Admin menerima pertanyaan yang bertalu talu menerusi Inbox,Sms, Call, Whatsapp berkenaan kes pemilik kenderaan sudah meninggal dunia, Contohnya, seorang lelaki yang telah meninggal dunia dan meninggalkan sebuah kereta atas namanya. Maka, isteri atau anak atau pun waris yang terdekat boleh memperbaharui Roadtax kereta  hanya boleh diperbaharui dalam tempoh 6 bulan dengan menggunakan nama simati. Temph 6 bulan ini boleh dibuat selama 3 tahun sahaja. Oleh itu, pertukaran nama ini perlu dibuat dalam tempoh ini.

Ini memerlukan Surat Kebenaran Memperbaharui Cukai Jalan dari mana-mana mahkahmah seksyen. Urusan memperbaharui ini kemudiannya hanya boleh dilakukan di JPJ.

Dalam masa yang sama, waris hendaklah menguruskan proses tukar nama. Untuk menukar penama kereta, waris perlu ke Bahagian Pusaka Kecil,Pejabat tanah atau ke mana-mana mahkamah seksyen untuk mendapatkan surat pengesahan, kemudian menguruskan pertukaran nama di JPJ.


p/s : Renew Roadtax , Cukai Jalan , Perbaharui roadtax di pos office, myeg kiosk, Kiosk myeg, buka selepas waktu pejabat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Lokasi Kami