Friday, 26 February 2016

Cara Membuat Claim Windscreen (Tuntutan Cermin) Kereta Pecah / Retak





1) Semak kembali polisi, sama ada kita ambil perlindungan takaful windscreen atau tidak.

Kadang-kadang berlaku,  apabila cermin pecah dan hendak claim baru teringat coverage windscreen tidak diambil ketika melanggan polisi.

Jika ada, boleh ke langkah seterusnya.

2) Kita ada beberapa pilihan untuk membuat claim;

2.1) Boleh pergi ke mana-mana bengkel panel, dan buat tuntutan di sana. Bengkel akan baiki tanpa perlu kita membuat sebarang pembayaran. Bengkel akan membuat tuntutan kepada syarikat kemudiannya. Untuk cara ini, pastikan kita membawa covernote atau polisi takaful untuk memudahkan urusan.

Panel Windscreen di Malaysia

ETIQA TAKAFUL
TAKAFUL IKHLAS 
ALLIANZ INSURANCE
BERJAYA SOMPO INSURANCE
AIG INSURANCE

atau;

2.2) Boleh pergi ke mana-mana bengkel bukan panel dan baiki di sana, kemudian minta resit untuk membuat reimbursement dengan syarikat takaful. Pastikan mengambil gambar cermin sebelum dan selepas dibaiki. Dengan cara ini, kita pula perlu berurusan dengan syarikat takaful / insurans untuk urusan reimbursement.

Cara ke dua (no 2.2 bayar guna duit sendiri kemudian reimburse), agak leceh kerana kita pula terpaksa menunggu reimbursement dengan syarikat insurans / takaful tapi dengan cara ini, harga yang dikenakan oleh pihak bengkel adalah lebih murah  berbanding cara pertama (no 2.1 tanpa perlu bayar dan bengkel yang akan uruskan claim).

Nota tambahan:

1. Claim windscreen tidak memberi kesan kepada NCD.

2. Claim windscreen boleh dilakukan beberapa kali dalam satu tahun perlindungan. Contoh, jika kita ambil cover windscreen RM1000 tapi hanya claim Rm500 maka ada baki lagi RM500.


Sumber : Rahsia Takaful

1 comment:


  1. After I originally commented I appear to have clicked on the -Notify me when new comments are added- checkbox and now every time a comment is added I receive 4 emails with the exact same comment. Is there an easy method you can remove me from that service? Thanks a lot! facebook login in

    ReplyDelete