Khabar angin mengenai caj tambahan RM5 bagi memperbaharui lesen cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (ROADTAX) akhirnya terjawab dan disahkan oleh Pos Malaysia. Caj tambahan itu akan bermula pada 15 Oktober 2018.
Walaubagaimanapun caj tambahan tersebut hanya akan dikenakan kepada pelanggan korporat seperti wakil bank, syarikat kewangan, insurans atau takaful, syarikat jualan kereta baru dan terpakai sahaja.
Kes di atas adalah resit yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia pada 15 Oktober 2018. Kes di atas wakil Insuran dan takaful kami sudah membuat pembaharuan 4 Cukai Jalan wakil untuk pelangan dan diresit terdapat processing fee . RM5.00 x 4 KES : RM20.00. Untuk pengetahuan anda semua, sebelum ini Pos Malaysia sudah mengenakan caj RM2.00 dan RM5.00 adalah caj tambahan. Ini bermakna jumlah keseluruhan ialah RM7.00.
UNTUK PELANGGAN KORPORAT SAHAJA
Orang ramai boleh menarik nafas lega kerana caj tambahan itu tidak akan dikenakan terhadap pelanggan individu.
Pos Malaysia mengambil maklum mengenai gambar notis pengumuman yang tular membabitkan caj tambahan berkenaan.
Notis itu ditujukan kepada pelanggan korporat seperti wakil bank, syarikat kewangan, insurans atau takaful, syarikat jualan kereta baru dan terpakai.
Namun begitu, tiada caj tambahan akan dikenakan bagi pelanggan individu.
#malaysiabaru
#malaysiabaru
Sumber : Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.