PLUS TUTUP SEMUA LORONG TAMBAH
Musim perayaan datang lagi, menjadi kebiasaan pihak PLUS Malaysia Berhad mengambil inisiatif yang tepat dan jitu bagi membantu melancarkan lagi pergerakan trafik pada cuti perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru 2019 yang akan datang, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup semua Lorong Tambah Nilai di plaza tol.
Renew Insurans/Roadtax di puchong
Penutupan lorong tambah nilai seperti lazimnya di setiap musim perayaan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh orang ramai beratur di lorong tambah nilai di plaza tol.
Renew Insurans/Roadtax di Negeri Sembilan
Kesemua 97 Lorong Tambah Nilai di plaza tol di lebuh raya PLUS akan ditutup kepada orang ramai mulai 21 Disember 2018 hingga 2 Januari 2019 yang akan datang.
Justeru itu, PLUS mengingatkan orang ramai supaya memastikan kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi menjelang cuti perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru 2019 yang akan datang.
Renew Insurans/Roadtax di Melaka
Orang ramai yang tidak mempunyai kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go juga boleh menggunakan MyKad masing-masing untuk transaksi tol.
Kredit : careta.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.