TERMA DAN SYARAT PEMULANGAN PEMBAYARAN PELANGGAN
Merujuk kepada perkara di atas, terma dan syarat pemulangan pembayaran adalah subjektif kepada
faktor faktor masalah pelanggan yang membawa kepada perlu ada proses pemulangan bayaran.
Antara kebiasaan masalah pelanggan ada faktor perubahan harga semasa, status kenderaan atau
pemilik IC di senarai hitam oleh pihak berkuasa yang membuatkan pelanggan tidak dapat
meneruskan proses pembelian dan bayaran haruslah dikembalikan semula.
Tempoh pemulangan pembayaran adalah mengikut kepada tempoh pembatalkan urusan jual beli.
1) Pembatalan pada hari pertama dan kedua: Pemulangan bayaran akan dibuat 24jam ke
48jam.
2) Pembatalan selepas hari ketiga: Proses pemulangan mengambil masa satu (1) ke dua (2)
bulan kerana pemulangan akan dibuat oleh pihak Ibu Pejabat Syarikat Insurans / Takaful itu
sendiri.
Ini kerana wang pembayaran pada hari ketiga telah kami serahkan kepada pihak ibu
pejabat melalui pembayaran polisi insuran dalam sistem syarikat insuran / takaful.
Di harapkan agar pihak tuan/puan jelas tentang polisi syarikat kami berkaitan terma dan syarat
pemulangan wang pelanggan sekiranya ada proses pembatalan urusan jual beli.
Harap Maklum
Sekian, terima kasih
PENGURUSAN AL FAID BARAKAH SERVICES