Thursday, 10 December 2015

Bagaimana Cara Tukar Nama Geran Sekiranya Pemilik Asal Sudah Meninggal Dunia? Ini Cara nya Mungkin Dapat Membantu Anda





Ini Cara nya Mungkin Dapat Membantu Anda

Individu yang mahu menukar hakmilik kenderaan (Kereta/Motor) daripada nama asal pemilik geran kenderaan yang meninggal dunia perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia

Penukaran pemilikan kenderaan tersebut perlu dibuat jika kenderaan itu menjadi kegunaan harian pemilik sekarang bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini selain mendapat perlindungan insuran sepenuhnya ketika menggunakan kenderaan tersebut di jalan raya.

Di sini terdapat  fakta panduan tukar hak milik untuk penama asal geran kenderaan yang meninggal dunia kepada pengguna kenderaan sedia ada.

Berikut adalah fakta panduan tukar hak milik untuk penama asal geran kenderaan yang meninggal dunia kepada pengguna kenderaan sedia ada .


Pemohon perlu melengkapkan beberapa borang bersertakan dokumen sokongan yang diperlukan antara seperti berikut 

1)   2 salinan Borang Senarai Semak TM-3 (Pind.1/2009)BorangTM-3 

2)   2 salinan JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan      ditandatangani oleh pemilik baru (penerima pusaka),Borang  JPJ K3A 

3) Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal(JPJK2)

4)  Salinan dokumen pengenalan identiti pemilik baru menggunakan TM-AB (jika tidak hadir semasa permohonan dikemukakan) * bagi kategori individu dan perniagaan milikan tunggal sahaja: Borang TM-AB 

5) Salinan asal dan fotostat dokumen pengenalan identiti wakil (jika permohonan dikemukakan oleh wakil) 


Dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan:

 Perintah Mahkamah; atau Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate) atau Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad; atau Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of Administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil 

Laporan Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM (www.puspakom.com.my) yang masih berkuat kuasa




Untuk makluman, proses penukaran milikan seperti info yang dinyatakan tidak boleh dibuat secara online di portal Myeg kerana ia memerlukan pengesahan MyKad & cap jari pemilik sedia ada dan perlu dirujuk di cawangan JPJ yang terdekat 

Pertukaran milikan bagi pemilik yang telah meninggal dunia tidak termasuk di bawah Tukar Milik Sukarela dan memerlukan semakan dokumen sampingan oleh JPJ

Bagi mendapatkan keterangan lanjut berhubung dengan perkara ini pemohon disarankan mengunjungi cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berdekatan.


Sumber : JPJ

No comments:

Post a Comment