Memaparkan catatan dengan label renew roadtax. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label renew roadtax. Papar semua catatan

RENEW INSURANS & ROADTAX ONLINE


Renew insurans online di website ini dan dapatkan harga yang FLEKSIBEL (MURAH DAN JIMAT) mengikut kehendak anda tertakluk kepada harga semasa kenderaan.



LANGKAH 2:

Klik RENEW  SEKARANG berserta butiran seperti Info Di atas

              TEKAN BUTANG DIBAWAH UNTUK DAPATKAN INSURANS ANDA SEGERA !!!





Renew Roadtax , Renew Roadtax Kereta, Renew Roadtax online






Bolehkah Ambulans Yang Membawa Pesakit untuk Melanggar Isyarat Lampu Merah Ketika di Lampu Isyarat?





Ditulis oleh :  Irwan Asri Mohd Nor

Kita mungkin selalu terserempak dengan situasi ini, Ambulan yang mengabaikan tanda lampu isyarat ketika dalam perjalanan kecemasan. Saya percaya, 99.9 peratus dari kita akan memberi laluan kepada ambulan dalam apa juga situasi. Saya boleh katakan, pemandu Malaysia sangat berdisiplin bila melibatkan kenderaan kecemasan (Bomba, Ambulans, Polis)




Tapi apa yang di tulis oleh peguam Tuan Hasif Hasan dalam komentarnya baru-baru ini agak mengejutkan. Beliau juga sering melontarkan pandangan yang kritis terhadap isu semasa. Kami juga pernah berkongsi pendapat beliau mengenai kereta sambung bayar tak lama dahulu.

Ikuti apa kata Tuan Hasif Hasan tentang hak ambulans di lampu isyarat

Coretan Peguam

Saya ditanya rakan mengenai hak ambulan ketika berada di persimpangan ketika lampu isyarat merah dan juga persoalan adakah kita perlu bergerak bersama sama dengan ambulan (terutama kenderaan kita berada di hadapan ambulan) dan jika berlaku kemalangan kepada kenderaan kita akibat melanggar lampu isyarat dengan kenderaan lain, adalah ambulan turut dipersalahkan?

Jawapan saya;

Saya pernah memberi ceramah undang undang di Hospital USM Kubang Kerian dan saya juga pernah menerangkan hak ini dalam ceramah saya yang juga dihadiri oleh pemandu ambulan.

Hak ambulan ketika berada di persimpangan lampu isyarat, sama ada perlu berhenti menunggu lampu hijau atau boleh melanggar lampu isyarat merah?

Begitu juga hak kita yang berada di hadapan ambulan, sama ada perlu meneruskan perjalanan dengan melanggar lampu isyarat merah untuk memberi laluan perjalanan kepada ambulan yang berada di belakang kita atau sebaliknya?

Tulisan saya kali ini adalah bersandarkan kepada undang undang yang ada dan terpakai termasuk merujuk kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, namun begitu saya tidak akan mengulas mengenai aspek moral dan kemunasabahan undang undang yang sedia ada.

Jika sebahagian dari kita merasakan bahawa undang undang yang sedia ada tidak munasabah, saya juga boleh bersetuju dengan pendapat tuan puan sekelian.

Sebelum saya menulis, saya telah membuat kajian dan bacaan dengan teliti.

Saya sangat bersetuju bahawa isu ini dapat dilihat dari sudut negatif dan postif namun biarpun negatif tetapi undang undang tetap undang undang melainkan ianya dimansuhkan atau dipinda oleh parlimen.

Sebelum menulis saya sudah menjangkakan soalan dan argument pembaca antaranya;

1) Tak kan ambulan membawa pesakit jantung dan wanita bersalin perlu berhenti di lampu isyarat merah.
2)  Berapa banyak lampu isyarat kena berhenti.
3) Lampu isyarat ini jika ditunggu, bukan sekejab tapi lama.
4) Cuba fikir jika keluarga sendiri tenat dalam ambulan, apa perasaan kita semua
5) Kalau diri sendiri nazak di dalam ambulan, baru tahu susahnya jika ambulan lambat sampai ke hospital.
6) Tidak kena kepada diri sendiri, bolehlah cakap
7)  Kalau lambat sampai ke hospital, pesakit akan mati dan lain lain persoalan logik pada hukum akal.

Namun persoalannya ialah adakah boleh ambulan melanggar isyarat lampu isyarat merah terutama ketika trafik sibuk.

Banyak kejadian melibatkan kemalangan dan pertembungan di persimpangan lampu isyarat dengan ambulan telah berlaku yang turut meragut nyawa dan kecederaan berlaku.

Secara tegas saya mengatakan bahawa mengikut undang undang, sesebuah ambulan perlu berhenti di lampu isyarat merah.

Setelah diteliti sememangnya terdapat arahan daripada Kementerian Kesihatan mengarahkan pemandu-pemandu ambulan jika berada di persimpangan lampu isyarat melakukan perkara berikut iaitu ;

-tidak membunyikan siren kecemasan tetapi dibenarkan untuk menyalakan lampu kecemasan.

-Pemandu ambulan juga tidak boleh melanggar lampu isyarat merah dan tertakluk pada undang-undang lampu isyarat.

Peraturan dibuat bukan untuk menidakkan keperluan pesakit di dalam ambulan tetapi untuk mengelakkan kemalangan yang boleh berlaku yang lebih membahayakan nyawa pesakit akibat dari kegagalan mengikuti isyarat lampu isyarat tersebut.

Perlu diingat sebagai contoh terdapat di mana pemandu kenderaan berada di dalam kenderaan yang berhawa dingin, dengan tingkap bertutup rapat dan sedang mendengar radio dan muzik.

Pendek kata, mereka hidup dalam ‘dunia ‘ mereka.
Mereka tidak sedar kewujudan ambulan pada masa tersebut. Mereka hanya menunggu pertukaran lampu merah ke hijau untuk bergerak.
Sememangnya perbuatan mereka ini tidak bersalahan dengan mana mana undang negara.

Dalam keadaaan tidak sedar adanya ambulan maka pemandu ini melihat lampu bertukar hijau dan pemandu bergerak ke depan.
Hak laluan adalah milik beliau kerana lampu isyarat bertukar hijau.

Secara tiba tiba muncul ambulan dan merempuh kenderaan terbabit.
Siapa yang perlu dipersalahkan?
Mereka atau pemandu ambulan ?

Begitu juga apabila ambulan berada di belakang, pemandu di hadapan bergerak ke hadapan untuk memberi laluan kepada ambulan sedangkan lampu isyarat masih merah dan akibat bergerak ke hadapan, secara tiba tiba berlanggar atau terlanggar dengan kenderaan di hadapan yang bergerak kerana lampu hijau di laluan mereka.

Soalannya siapa yang patut dipersalahkan?

Perlu diingat bahawa kemalangan itu boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan kepada pengguna jalanraya lain yang tidak berdosa.

Adakah pemandu ambulans boleh disaman oleh pemandu kenderaan hadapan yang bergerak bagi ‘mengikuti’ arahan pemandu ambulan berkenaan dan pemandu kenderaan hadapan tersebut terlibat di dalam kemalangan, jawapannya tidak boleh.

Bagaimana pula jika pengguna lain yang berada di persimpangan yang akan mengambil peluang ‘menumpang’ terutama jika ambulan hanya berada di sebelah mereka atau di belakang ambulan dan seterusnya berlaku kemalangan.

Siapa yang patut dipertanggungjawabkan?

Perlu difikirkan juga bahawa ambulan membawa pesakit yang kritikal namun masih stabil sebelum bergerak ke hospital yang dituju untuk mendapat rawatan,
namun boleh ‘mati’ akibat kemalangan yang tidak perlu dan dapat dielakkan, sekiranya pemandu ambulans boleh bersabar untuk menunggu lampu bertukar hijau.

Tindakan pemandu ambulan melanggar lampu isyarat bukan sahaja membahayakan diri dan nyawa beliau, malah pesakit dan penguna jalanraya yang lain.

Perlu juga diketahui waris pesakit hanya dibenarkan menaiki ambulan mengiringi pesakit dengan kebenaran pegawai perubatan dengan mengisi borang dan jika berlaku kecelakaan di dalam perjalanan maka waris pesakit tidak boleh menuntut apa apa gantirugi dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Begitu juga perlu difikirkan bahawa pesakit yang dalam ambulans ‘mungkin mati dan mungkin hidup’ apabila dirawat di hospital namun jika berlaku perlanggaran dengan pemandu kenderaan yang ‘sihat sejahtera’ dan normal, maka kematian pemandu kenderaan lain pada logik akal adalah sia sia kerana mereka ‘mampu’ hidup dan sihat walafiat jika tidak terbabit dalam kemalangan tersebut.

Langkah terbaik jika pemandu ambulan ‘masih dan mahu’ melanggar lampu isyarat adalah wajar bagi pemandu menghimpit dan bergerak kenderaan ke tepi dan berilah laluan kepada pemandu ambulan bergerak ke hadapan secara bersendirian dan bukan turut sama bergerak ke depan atau menumpang bagi melanggar lampu merah bersama ambulan tersebut.

Sebagai tambahan, pesakit tidak akan dibawa menaiki ambulan untuk dirujuk ke hospital lain sebelum distabilkan atau berada di dalam keadaan stabil terlebih dahulu.

Ini bermaksud pesakit masih boleh menunggu lampu isyarat bertukar ‘hijau’ sebelum meneruskan perjalanan ke hospital yang dirujuk.

Pada pandangan saya akhir akhir ini banyak pemandu ambulan sedar hak mereka dan mula berhenti di persimpangan ketika isyarat lampu merah di laluan mereka.

Ambulan hanya boleh melanggar lampu isyarat merah sekiranya ada polis yang mengawal lalu lintas di persimpangan kerana kehadiran polis akan membatalkan peraturan kepada lampu isyarat yang sedia ada.

Semoga maklumat ini memberi sedikit maklumat dan input kepada kita jika berhadapan situasi begini dan tepuk dada tanya selera.

Sekian.





5 Cara Jika Geran Kenderaan Anda hilang dan Ingin Dapatkan Yang Baru.



Apakah tindakan anda sekiranya geran kenderaan hilang? Apa yang patut buat? Lupa dan tidak pasti geran diletakkan di mana. Walaupun dengan KIOSK MYEG tidak perlu Geran Original untuk perbaharui cukai jalan anda, tapi ada juga situasi yg memerlukan anda dapatkan juga geran, iaitu apabila anda nak jual kereta tersebut.
Susah ke nak buat geran baru? Kena report polis ke?
Proses untuk  dapatkan geran baru tidak  susah dan tidak  perlu pun buat report polis, walaupun dalam geran kereta ada nota kaki memberi arahan bahawa pemilik kena buat laporan polis jika geran kereta hilang.


5 Proses buat geran baru:


1. Pergi ke JPJ

2. Isi borang JPJ K7
3. Pemilik sendiri datang dengan mykad atau bawa salinan mykad pemilik kenderaan
4. Bayar denda RM50 untuk kereta atau RM20 untuk motosikal
5. JPJ akan beri geran kereta baru


Selamat mencuba, jika sudah dapat geran baru, simpan dan letakkan ditempat yang selamat dan mudah diingati.


p/s: geran hilang, buat geran baru, renew roadtax, selangor, puchong

Cara 'Renew Roadtax & Insurans' dan Dokumen yang Diperlukan


Gambar Sekadar Hiasan 


Roadtax dan Insurans Tamat Tempoh

Masih ramai dikalangan kita masih tidak tahu atau kurang arif bagaimana ingin 'Renew Roadtax' . Jika anda dalam situasi tersebut tidak perlu risau lagi kerana ia sangat mudah kerana apa yang anda perlu dapatkan ialah dua (2) dokumen penting iaitu:


1) Salinan Geran (Sekiranya Geran Asal masih di Bank)
2) Nota Perlindungan (Cover Note Insurans/Takaful)





Pejabat Baru Kiosk Myeg

Sekiranya salah satu dokumen di atas ada sudah memadai untuk anda memperbaharui Cukai Jalan serta Insurans kenderaan anda. Jika Geran Original tiada kerana masih ada di Bank , pastikan semak semula dokumentasi anda semasa pembelian kereta mungkin ada salinan/photocopy geran yang tersimpan. 

Jika ada, anda boleh mula 'renew roadtax' kereta anda. Jika tiada juga salinan geran, Nota perlindungan atau pun dipanggil Cover Note ataupun anda ada menyimpan polisi Insurans/Takaful kereta anda ia juga sudah memadai.


Contoh Geran






Contoh Nota Perlindungan


Setelah anda mempunyai salah satu daripada kedua dua dokumen ini anda boleh mula 'Renew Roadtax' melalui Wakil Kiosk Myeg, Myeg Online, Pejabat Pos, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Agensi Insurans.

Untuk mengetahui perlindungan apakah yang sesuai untuk kenderaan anda, anda boleh teruskan pembacanya di bawah.

Bagaimana memilih perlindungan Insurans Anda? 


#kioskmyegpuchongprima #renewroadtax #utc #renewinsurankereta

Lokasi Kami